Tuesday, November 8, 2011

Quick Update

Assalamualaikum dan hai...
Kali ni nak update sikit je pasal time Raya Haji haritu kat rumah. Best gilaaa dapat balik rumah. Masa nak balik tu, sumpah banyak gila dugaan, and nasib baik segalanya selamat akhirnya :D

Okay, haritu buat moist chocolate cake dengan ibu dan kaklong. Bancuhan semua ibu buat, well macam biasa, I tolong mix je pakai machine...wakakakaka

And then kaklong dengan ibu buat chocolate topping untuk cake ni, then I buat icing dia. Yang kaler pink tu. haha.

Senang jeee.. yang buat style bese2 tu je.. Kalau yang tak tau, meh sini nak kasi tau sikit. hehe

1. Mula-mula amik la buttercup (tak tau boleh pakai other marjerin or whatever, tapi selalu pakai buttercup. Dulu buat dengan kawan-kawan pun pakai buttercup. Plus, bau dia sedappp~ hahaa).
2. Then, masukkan buttercup yang seberapa banyak tu (tak kisah banyak mana, ikut kesesuaian la) ke dalam mangkuk.
3. Tambah gula icing (gula kastor) ke dalam mangkuk berisi buttercup tu. Banyak mana pun tak kisah asalkan ikut suka la.. haha.. resipi ni penuh dengan ketidakpastian =.=''
4. Pastu, yeee....kacau, kacau, dan kacau mixture tersebut. Guna sudu pun bolehh... Kacau sampai jadi lembut dan macam agak kembang.
5. Pastu tambah pewarna makanan (in this case, Im using red colour so jadilah pink bila gaul dengan buttercup tu).
6. Amik 1 beg plastik yang bersih, isikan icing tu ke dalam beg plastik (isi ke arah satu bucu beg plastik tu je).
7. Kemaskan icing dalam bucu beg plastik tu sampai padat, then amik gunting, gunting sikit bucu plastik tu.
8. So jadilah tiub ringkas untuk icing tu! hahaha
9. Okay, boleh start hias kek!

(Dah macam tulis methodology dalam lab report pulak)

Terima kasih Ony atas resipi icing ini! haha

 So inilah kek tu. Okay, macam lawak je tengok tulisan tu kan. hahaha

*Sanah helwah = happy birthday in Arabic



Di samping buat kek betul, ada jugak buat kek palsu. Haha. Akhirnya tercapai gak idaman nak main-main dengan polymer clay ni ha. Best gila!! So inilah hasilnya. Masih tak kemas sebab first time buat, tanpa ada tenaga pengajar pulak tu, so cuti ni boleh start keje! :D

Kek ni tak bake lagi, so still lembik, so disimpan dengan baik di dalam tupperware. Insha Allah, cuti nanti dapat oven baru (actually bukan oven baru, oven lama tapi baru dapat. kahkah), so boleh la bake nanti! yeahhh bestnyaaaa projek baru nanti!!! LOVE LOVE LOVE!!!!

Okay la, this week ada 3 hari berturut-turut tests. Start dengan Maths, then Business, then Chemistry :'(

Jumpe lagi, bye!
Assalamualaikum~