Showing posts with label hp strap. Show all posts
Showing posts with label hp strap. Show all posts

Wednesday, January 4, 2012

Pencil Case and Superman

Assalamualaikum.. ai nak update sikit ni~ heheeee


Ni pencil case order daripada adik Jijah, adik kawan saya.



Ni pulak pencil case order daripada roomate saya, Dayah.

Harga pencil case hanyalah RM10 aje... ada lining di dalam okay!! :D

Pattern kain boleh rujuk kat post pasal wrislet.

Okay next. Ni pulak order daripada Afiq, collegemate. Okay Superman 5 biji.
Itu sahaja.. bye!

An Order From Kedah

Assalamualaikum dan hai.. Sepanjang cuti sem 3 haritu, banyak habiskan masa dengan siapkan order ni la T___T

Ada banyak jenis barang yang diorder.. hp strap ada, brooch, cekak.. so, cuci la mata, tengok la gambar-gambar ni~ hee


BROOCHES






HP STRAP





HEADBANDS









Bye! Assalamualaikum~



Sunday, December 11, 2011

Korean Themed Products On Sale!



Drumstick hp strap from My Girlfriend Is a Gumiho KDrama.

Harga jualan di Mudah.my ialah RM10

RM 10 only

100% handmade. Hard to find anywhere in Malaysia of course. (:





Outer part.


 Inner part. Ada dua lapis ya.. supaya lebih kukuh!

Pouch berzip bertemakan gambar Kim Jae-Joong JYJ dalam bentuk chibi.

Pouch berzip yang boleh digunakan untuk simpan hp, simpan kad-kad penting, IC, tiket bas haha, lesen memandu, Boleh juga dijadikan sebagai bekas menyimpan duit.

Harga jualan di Mudah.my ialah RM15
Rujukan: http://www.mudah.my/vi/12769454.htm


RM 15 only




Plush from Marry Me Mary KDrama hp strap.

Harga jualan di Mudah.my ialah RM10
RM 10 only

100% handmade. Hard to find anywhere in Malaysia of course. (:




ni la Drumstick tu daripada sedutan drama My Girlfriend is a Gumiho.



 Ni plush tu (dalam bulatan merah) daripada sedutan drama Marry Me Mary.


Ni ialah inspirasi kepada hp pouch Jae-Joong.


Saturday, December 10, 2011

No Title

 Ahahaha. Post kali ni tak tau nak letak title apa. So decide taknak letak title!


Sebelum cuti sem, ada kawan kolej order hp strap bentuk owl, nak 3. Nama dia Hani.. Hani ni student A-Level Accounting~


Ni on the making of owlsss.....


Tadi tu tunjuk bahagian depan. Ni bahagian dalamnye pulak. Setiap satu keping yang dilekat kat atas layer depan keychain ni dijahit satu-satu. Bagi saya, benda ni agak renyah sebab dah lama tak menjahit! hahahaha


Okay, so inilah hasilnya. Ni view dari tepi. Sebenarnye takde la tepi sangat kan =.= senget je.



Oh ya, haritu masa last day kat kolej aka hari kepulanganku (wuhuu!) lepas balik tu kitorang singgah kat rumah sepupu kat Kelana Jaya. Kaklong siap-siap bawak dari rumah sepasang sepit rambut yang dia buat untuk Ain. Ain tu anak saudara kitorang! Comelkan budak-budak pakai sepit macam ni? hehe


Inilah Ain dengan adik ai~ pakai jersi sama, macam tshirt kapel pulak. wakakaka. Sepit tu dia pakai kat belakang, so tak nampak. Saje nak introduce Ain kat sini. haha. Ain ni umo baru 2 tahun rasanya.

Okay la takat tu je.. Apa-apa nak tanya, email je saya kayhhh...
Assalamualaikum~





Friday, July 1, 2011

Gigi Comel dan iPhone !


Assalamualaikum dan haiiiii.. nak update sekejap je ni. Lepas ni nak bercuti lama daripada buat craft2 ni. Sebab dah masuk sem baru, sem yang lebih menggigit (eh ada ke ayat yang macam ni??)



Ni order daripada senior KMS, Kak Lisa. Kak Lisa amik course sama macam saya, Dentistry. Batch Kak Lisa dah habis da kat KMS.. Hujung bulan 7 ni diorang graduate and minggu depan result IB diorang keluar!
Seniors ! May each one of you get an excellent result !! Ameeen !


 Kak Lisa mintak saya buat sumthing special untuk dia. So ini la yang specialnya untuk Kak Lisa.
A cute milk tooth.
Ni gigi susu Kak Lisa masa kecik-kecik dulu..hehehe
Saje je letak sekali label MARA College Seremban tu kat tepi gigi ni, so that KMS akan selalu dalam hati Kak Lisa yang mana juga menjadi tempat perkenalan kite.........dan bila masa pulak aku jadi skema ni...ayat kemain sangat ni.. heh
So kat belakang gigi ni saya jahit nama Kak Lisa, so forever it'll be yours !
Happy becoming a dentist soon Dr. Khairun Nurlisa, Insya Allah ! :}

Pray for my future too, Kak Lisa, hehe..




 oryte... yang ni pulak iPhone, kaklong yang jahit. Kat skrin tu macam frame gambar la, ada mcm plastik keras jernih tu, boleh letak gambar.
Ni abang saudara order, nak henpon mainan boleh letak gambar untuk anak dia..hehe..
nama anak dia Qistina Zahra, saaaaangat cute !

Assalamualaikum,
byebye !

Hari ini: Hari sebelum meninggalkan rumah untuk balik ke Seremban!


Assalamualaikum dan haiiiiiiiiii...
Atas ni mini cupcake untuk hp strap.. Sebenarnya dah long long long time ago dah siap gunting, letak mata, jahit mulut apa semua tu la kat diorang ni, tapi jahit nak cantum je tak buat-buat..lama dah ni. Masa tu saya sempat siapkan 2 je.
Tapi hari Rabu haritu g tido rumah Kamaliah, one of my schooltime bestfrens dulu sebab dia dengan Nuratikah nak belajar buat keychain, diorang nak buat bisnes ni selama diorang cuti sementara nak tunggu panggilan masuk ke U ni, so diorang la yang jahit baki2 mini cupcake tu. ahahaha..time kasih la kome !! hikhik

Mini cupcake ni akan dijual masa hari pendaftaran students baru kat Kolej MARA Seremban.. selamat menjadi pelajar MARA dan semoga semua dapat fly ke negara masing-masing nanti.. Insya Allah..



Oryte ni pulak order daripada budak A-Level KMS ni. erm ala-ala order Luqman dalam entri sebelum ni la. Tapi dia nak huruf N for Nabil kan. Gambar dia search sendiri. Erm semalam jahit benda ni okay la, tak susah sangat, maybe sebab potong berasingan kot part-part dia tu. L yang before ni tu kena potong sekali. Tapi seriously saya enjoy la buat order yang ni. Sbab benda yang kite tak biasa buat, rasa tak boring. ehehehe

Okay la Aramiya Satoshi, harap kau okay dengan hp strap ni. kalau ada apa-apa yang tak okay, kasi tau ya..hehe

BYEEEE PERAK !!! :'{


Thursday, June 30, 2011

Supermannnn !!!!!!!! Order yang mencabar!


Aip. Assalamualaikum.. Nak letak gambar-gambar order daripada Afiq Rashid dan kawannya nama Luqman, collegemates kat KMS ni gak. Tengok la gambar-gambar ni kalau tak boring..hehehe...

Order kali ni sangat mencabar.. mencabar ! haha


Ni hp strap logo Superman. 3 kali kot trial and error huruf S tu. nampak senang nak lukis tapi bila nak buat keychain, haha susah gak ah.



okay yang ni okay sikit buatnya sebab simple sikit. Lagipun dulu dah ada orang pernah order pattern ni, okay sikit laaa...haha..




Ni logo Green Lantern.. okay seriously tak tau apa bende tu..filem eh? hahaha sorry mmg tak update gilaaa ah pasal movie2 ni. I told u, I live in my own world ! HAHA (okay I never told u bout this before. haha)
Ni dua kali trial nak potong bentuk kat tengah tu. Mula-mula nampak tak smooth, so buat lain.




Ni Luqman kawan Afiq tu punya. Huruf L Death Note! oooh L sangat hensem okayyyy! Sooo cool. Suka gila ah. Even lambang ni pun dah hafal lukisnya dari masa sekolah pastu tulis nama 'Laena' pakai huruf ni..haha.. comel kan. I know.

Tapi susah gilaaaaa buat keychain ni! Nak potong lekuk-lekuk tu. Dah la kain hitam, tak boleh lukis atas kain tu. Jujurnya. Saya tak guna apa-apa guide untuk gunting bentuk ni. Agak-agak je kat atas kain tu nak gunting macam mana. Nak lukis tak boleh kan, so lukis dengan jari je la..haha magic tak lukis dengan jari? Magic kan? I know.

Nasib baik menjadi dengan 1 trial je. hahahaha
Keychain ni paling hardcore dalam hati kot. haha




Ni gitar ni tertinggal pulak dalam senarai order Afiq kat atas tadi. haha.
Dia nak kaler Superman, biru merah kuning. oooh tak tau bagi dia okay ke tak ni.
btw, ai terlupa nak jahit tali gitar kat situ. hehe.
kire halal laaah. hahaha



I told you right, I love L !!!!


Daisypath Happy Birthday tickers