Thursday, December 15, 2011

Tutorial: Easy Handmade Recycle Vintage Card

Nak hantar hadiah kat kawan, tapi takkan hantar hadiah je? Okay tiba-tiba rasa nak buat kad. So saya dah buat kad konon-kononnya vintage la untuk dua orang kawan yang birthday bulan 12 ni.


So ni bahan-bahan yang digunakan..

Kulit buku latihan sekolah
Gam UHU
Gam cair
Gunting
Dua jenis renda fabrik
Manik untuk hiasan
Hiasan bunga kering
Pensel
Pembaris



Okay mula-mula guntingkan kulit buku latihan tu...



Lepas tu lipat jadi dua supaya ada garisan kat tengah tu, macam dalam gambar.



Then sapukan gam cair kat bahagian yang kite taknak (macam dalam gambar tu),



then kite lipat balik kulit buku tu jadi macam ni. Yess... ha lepas tu lukis garisan kat keliling kulis buku macam dalam gambar ni. Ini untuk memastikan keliling kad ni kemas.



Lepas tu kite gunting ikut garisan tu.. kite buang semua basi tu...



Jadi, lepas dah gunting tu, siap-siap la tulis ucapan dulu. Senang nanti. Then, guna gam UHU untuk gam kat satu side kad ni macam dalam gambar.



Kemudian lekatkan renda fabrik kat garisan gam UHU tu macam dalam gambar.



Letak lagi gam UHU atas renda fabrik tu.



Dan kemudian... lipat renda tu ke atas dan lekatkan ia! Baru kemas kan.



Buat kat keliling kad tu sampai jadi macam ni.




Saya guna renda yang berlainan pula untuk ikat jadi reben, lepastu lekat kat satu penjuru kad ni.



Ha, daun kering ni daun bunga ros segar. Saya dah lama simpan benda ni dalam diary keje sekolah (haha sekolah lagi ke??). Biar lama-lama dalam buku tebal, dan dapatlah bekalan bunga kering buatan sendiri! haha
Hiaskan mengikut kreativiti anda. 



Ini pulak kelopak bunga ros yang dah kering dalam diary.



Lepas tu, saya tambah hiasan manik faux pearl kat tengah-tengah kelopak bunga ros tu. Nak nampak lawa sikit. haha

So itulah hasilnya. Simple je.. Tapi korang mesti ada idea yang lagi hebat kan.
Lagi best sebab kita pakai barang recycle. Jimat pun jimat kan kan kan :D




Dah pos dah pun kad-kad ni sekali dengan hadiah birthday. Harap diorang suka ! huhu

Assalamualaikum semua ^^




No comments:

Post a Comment