Saturday, September 17, 2011

It's a Clay, Clay World :D

Assalamualaikum..

Hai ! Iliana datang lagi ! Lama gila dah tak update blog ni. Berbulan dah. Menjahit keychain apatah lagi, dah stop lama jugak dah ni. Apa-apa pun kena utamakan hal-hal kolej, bak kata ibu, kejar yang besar dulu.. Yes! Kejar cita-cita jadi dokter gigi dulu baru boleh jadi crafter sejati lepas tu! hehe

oh ya, lepas ni ingat nak stop kejap felting2 ni. Dah boring pulak, hehe. Ingat nak tukar angin cuti sem nanti. Nak main clay pulak ! Sebenarnya perasaan nak main clay ni ditrigger setelah roomate saya tunjuk satu blog orang ni jual handmade keychain made of clay ni. Comel..saya suka.. haha. Lagipun, dulu-dulu masa cari idea untuk keychain felt, saya terjumpa satu tutorial untuk buat keychain clay, berminat, just masa tu tak tau mana nak cari bahan. Sekarang je telah dibukakan jalan untuk saya join bidang ni, Insya Allah. hehe

So, sebagai persediaan cuti nanti, dah tempah clay siap-siap dah.. and dah dapat dah.. hehe. tak best la kan kalau time dah cuti baru nak order, pastu nak pulak dapat reply "Sorry Miss, but the item that you asking for is currently out of stock.."

Heh tak best kan. Baik order awal-awal. haha. So inilah dia sedikit gambar barang-barang baru yang sangat precious bagi saya tu...hahaha...



Ni dia polymer clay saya... Ada 15 blocks semuanya, dan of course la ada 15 kaler. haha. Okay dah teruja sangat dah ni :D


Ni pulak tools yang disertakan sekali dalam pek ni.. Okay tak tau apa kegunaan secara tepat tools ni. haha. Takpe, boleh belajar :D



Oryte, ni aksesori-aksesori untuk start craft ni. Ada hp strap, keyring, eyepin, jumper,dan lain-lain. Boleh klik kat gambar tu kalau nak tengok lebih jelas. Wuu barang-barang ni betul-betul buat saya teruja nak start crafting cuti nanti !!!

Oh ya, tapi saya tak attend mana-mana class untuk clay ni pun. Insya Allah segalanya dipermudahkan oleh Allah. Yala, kelas pun manusia yang buat, so kalau kite percaya pada bakat semula jadi kite, Insya Allah kite pun boleh buat, cuma perlahan-lahan la kan, amik baby step dulu. ehehe.

Dan saya dah buat research sikit pasal polymer clay ni. Bila ia selamat, bila ia boleh jadi bahaya (i mean time pembakaran la.) Oh ya, and of course, benda ni kena bake lepas dah siap :)

So, tu je la kot nak update kali ni. Nak sambung buat Internal Assessment Maths yang susah gila tu T__T
Bila kata susah, YA, benda tu memang susah. Haih.. Insya Allah dapat siapkan by today or tomorrow. Lusa kena hantar kan. haha.

Okay, have a nice day or night whenever you read this post <3

Assalamualaikum and not to late to wish you all a Happy Eidul Fitri !



10 comments:

  1. good luck and all the best. :D
    saye pon buat craft polymer clay jgk
    n now we having a giveaway contest. harap boleh join.
    :D

    https://www.facebook.com/pages/Tiny-Sprinkles/157398037662319?sk=wall

    ReplyDelete
  2. oh ya... huhu thank u !! all the best for u too !

    ReplyDelete
  3. hi!! mana nk bli polymer clay? dah penat mencari ni..email supplier kat alibaba.com tu pun, xde sorg pun yg reply lg.. huhu..

    ani info, pls email me at,
    mymail.nana@gmail.com

    klo reply sini, takot nana x sedar..
    thanks!! :)

    ReplyDelete
  4. salam, nak tanya mana nak dapat supply polymer clay ? dah lama cari . pls email me at abelnazri@gmail.com ..

    ReplyDelete
  5. salam..nk tnye bli kt mne clay tu erk??

    pls email at me
    amanijoker@gmail.com


    thank you ;)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    dekat mana beli polymer clay tu? saya pon dah lama mencari.
    ni email saya firzanah96@yahoo.com
    thanks :)

    ReplyDelete
  7. mane beli tu? =) nk tau jugak...reply dekat balz0907@yahoo.com ye..mekasih

    ReplyDelete
  8. beli kat mana ya? email sy nurulafiqa88@gmail.com

    thanks ^_^

    ReplyDelete
  9. Beli kat mne ye ? Reply kat syuhadaadaa94@gmail.com taw...nk tau ^-^

    ReplyDelete
  10. beli kat mane eak ? nak jugak ~~~

    email saye farhanahahyad94@gmail.com

    ReplyDelete