Monday, September 26, 2011

Jewelry !!!

Assalamulaikum dan hai semua!
cewaah minggu test pun boleh update blog. Ni nak update sikit je, saje nak kongsi cerita baru dengan orang lain. haha
Minggu ni akan berlangsung satu event untuk student perempuan sahaja kat kolej kitorang.
Namanya, Lailatun Nisa'. Untuk yang Muslim/ah mesti tau kan maksudnya. Maksudnya malam perempuan. Okay, dah nama pun malam untuk perempuan, so yang attend-nya mesti lah perempuan sahaja, Muslim and non-Muslim.
Salah satu acara malam tu ialah gift exchange antara coursemate. Denstistry-dentistry, medic-medic, biotech-biotech, tindikan-tindikan (course pendidikan), engineering-engineering, accountancy-accountancy, dan TESL-TESL.
Hari Sabtu haritu baru teringat yang hadiah tak beli lagi!
So Ahad tu (semalam) saya pegi la outing ke Plza Ampangan kat Seremban tu dengan dua orang classmates MD62 saya, Fiqah n Nabila. Fiqah orang Ganu, Nabila orang Kedah, saya orang Perak. hehe
So so soooooooo....

Inilah apa yang saya beli masa tu!!


 Kayhh... bracelet ni murah amat okay, RM 4.00 je! So I decided to buy this for myself. Dah lama gak teringin nak ada gelang-gelang ni. haha. Comel kan? Suke la gegantung2 ni!


Rantai ni dialas dengan lab report Chemistry. haha. Aura Chemistry terkeluar sampai nampak berseri-seri pencahayaan gambar ni. hehek

Okay, rantai ni la hadiah saya. haha. Tak tau la sapa dapat nanti... Hope sangat takde budak kolej perempuan Dentistry yang baca post ni sebelum Lailatun Nisa'... haha.. btw saya sukaaaaa sangat dengan rantai ni. Actually dah lama suka. Dulu mahal kot rantai ni. Skang ni harga dia dah affordable la.. I mean saaaangat affordable.. hehe
Tahniah la sape yang dapat nanti! hikhik
Kalau saya tau sapa yang dapat hadiah saya ni nanti, saya akan update kat blog ni nanti! hehe

**Plan nak beli lagi satu rantai tu untuk diri sendiri tapi kaler tu tinggal satu tu je kat kedai tu!! Tapi, walaupun rantai tu panjang, tetap terlindung ngan tudung yang panjang sampai ke abdomen bila pakai. I mean bila pakai pashmina. Ya, pashmina memang panjang, saya rasa secure bila pakai. haha
Oh ya, pernah terniat nak buat post pasal koleksi pashmina saya, tapi tak kesampaian lagi. Tengok lah nanti. hehe. Bai.

Assalamulaikum :}


No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers